Thursday, 11 October 2012

Keris itu masih ditanganmu

Assalamualaikum! hye sume! apa khabaq? ada sihat ka? HAHA! adoi! lama sgt dah xjenguk blog CK ni! CK lately ni busy sgt with my studies.. eh2, CK baru balik dr pahang taw.. terlupe pulak nak post entry nye.. *ade ke org kesah.. uhuhuhuhu..

ok, xpyh nak pnjg2 sgt lah kan.. tuh, tengok tajuk entry CK tuh! Keris itu masih di tanganmu.. korang taw x, mne CK dpt tajuk tuh.. ok, sape yg study form 6 n amek kesusasteraan melayu n komunikatif, mesti dy ade blaja sajak ni.. ha, ni sajak.. mesti korg pelik kan, kenapelah dan2 je CK post psl sajak ni.. korang nak taw, sajak ni ade meaning yg sgt mendalam.. it's about friendship taw! so jom kite tengok!



KERIS ITU MASIH DITANGANMU-AHMAD SARJU

Keris itu masih ditanganmu
untuk menyambung perjuangan
yang sewaktu-waktunya
engkau terpaksa mengalah
hati terhiris luka
suara terpaksa membisu
diam mematahkan fitnah
berlembut mencari hikmah.

Jika terlalu pahit kau rasai
kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya
perjuangan itu pasti ada liku-likunya
perjuangan itu pasti ada pahit getirnya
perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya
jika genting janganlah kau putuskan
jika tegang janganlah kau rentapkan
jika retak janganlah kau hancurkan
jika putus janganlah kau hanyutkan
jika bocor janganlah kau karamkan.

Ketika ini engkau teruji erti ketabahan
setia seorang musuh tikaman seorang sahabat
jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat
kerana sewaktu-waktunya
yang diam mentertawakan kita
yang mengangguk membenci kita
yang berpura-pura rajin bersuara
yang menentang menjadi sahabat
yang bijak merendahkan suara
yang berhemah memanjatkan doa
yang setia rela mengorbankan dirinya.

Keris itu masih ditanganmu,
untuk menyambung perjuangan
setelah engkau menjahit dengan ketajamannya
seharusnya engkau telah belajar dan mahir
menepis tikaman mencemburui persahabatan
kerana yang mengatur kejatuhan
bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

Erm, ape yg korg paham? ke korang xphm langsung? HAHA.. xap lah.. ni pd pendpt CK lar.. sajak ni dy byk terangkan tentang ketabahan seseorang individu ni setelah dy berkawan dengan org yg mengkhianatinya. it's reality u know nowadays.. bukan sekadar fantasi ape yg penyajak ni tulis. 

korang perasan x, sebenarnye mempunyai musuh yg selalu ingin menbunuh kamu itu adalah lebih baik drpd mempunyai seorang sahabat yang ingin menikam kamu secara perlahan-perlahan.. it's really hurts.. kadang2 kwn yg banyak diam, kwn yg sentiasa mengangguk ape yg kite ckp 2 kdg2 belakang kite, "masyaallah!" HAHA! who knows kan? rmbut sme hitam hati lain2.. sekarang org yg byk memusnahkan kite adalah seorang kwn, bukannye seorang musuh.. kdg2, dpn kite pijak semut pon xmati.. tp belakang, srg tebuan pon leh di'ssaster'kan. HAHA! 

tp kekadang, tuh lah. mane ade org yg perfect.. setiap manusia penah buat silap. dorang berhak dpt peluang kedua. seriously! cube korg bayangkan, kalo korg dikhianati seorg kawan. korang bukan men lg frust menonggeng sbb ade kwn yg camtuh.. mesti kecewa giler kan? tp penah x korg terfikir, seandainya satu hari nanti korg akan gntikan tempat kwn yg mengkhianati korg tuh? sape tahu? mcm CK ckp, nobody's perfect dear..

untunglah CK ade kwn yg sgt memahami n sentiasa berada di sisi CK even dorang jauh.. 

that's KOKAI! nisa, pah, atin, and fiqa..

and CK pon ade sahabat yg CK kenal di Datuk Menteri..

HAHA! timah, bella, nisa, hazif, leya, army..

OPPS! 

HAHA! ni lah Lili.. tertinggal gambo dy kat ats td sbb dy tukang amek gambo yg atas tuh.. uhuhuh..

Alhamdullilah to have the best friends like them.. 

so, fikir2kan n selamat beramal! HAHA! real stpm semester 1 is around the corner.. wish me luck ok.. bye dudes. leave your comment here ok.. tkn je kat no comment tuh. HAHA! ok, assalamualaikum..


No comments: